09 September 2015

DEGREE LIFE

assalamualaikum..

entry yang lepas aku share pasal life aku masa awal-awal masuk matrik.
alhamdulillah berkat usaha, doa yang tak putus dari kawan dan keluarga aku lulus dan tamat pengajian di matrik dengan PNGK 3.5 .
bukan aku nak bangga dengan result matrik aku, sebab budak 4flat bersepah satu malaysia.
aku pergi interview dengan PNGK 3.5 pon aku rasa kecilnya diri ini, bila dapat tahu yang budak yang interview tu lagi hebat dari aku.

apa yang aku boleh simpulkan, matrik tu tak ada lah sesusah mana seperti mana yang aku kata kat entry lepas tu.
asal kau rajin, fokus, dan attitude kau ok, in shaa Allah boleh.
dunia kita kejar, akhirat pon jangan lupa.
syukur alhamdulillah aku dah tamat dan rasmi menjadi bekas pelajar
 KOLEJ MATRIKULASI PAHANG.

ingat lagi kat matrik dulu, semua benda rasa tak kene, dengan tandas lah, kafe kotor lagi, atm jauh, dan banyak lagi lah benda-benda yang tak puas hati.
time tu rasa macam 'bila lah nak keluar matrik ni, reput duduk matrik ni, tak sabar nak masuk degree'
sekarang ni aku dah pon sambung degree aku kat UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU.
aku amik course FIZIK ELEKTRONIK DAN INSTRUMENTASI.

masa result UPU keluar semua dok sibuk tanya pasal course ape yang dapat.
asal aku cakap kos aku tu, banyak lah mulut-mulut puaka cakap ' susah kot course tu, elect kn susah '
nasib baik lah aku ni jenis yang lantak apa orang nak kata.
kau tak belajar lagi, tapi kau dah sibuk nak cakap susah,
kita ni nak belajar memang lah susah. kene lah usaha untuk berjaya.

seriously aku cakap yang life matrik dan degree sangatlah berbeza.
even mase matrik lecturer kata ' kat matrik je awak rasa susah, degree nnt dh senang'
time matrik, even jadual kau pack mana pon, kau tak kan rasa bosan.
time matrik kau rasa mcm ' asal kelas aku tkde yang cancel pon'
time degree kau hanya belajar 3 jam je sehari, tak pon 2 jam. tak pon kelas kau semua cancel hari tu.
dan time degree kau akan rasa sakit hati bila kelas cancel.
aku ni baru je 4 hari masuk kelas, tapi satu chapter dah abis.
tak semua lecture tu ade tutorial.
kau kene pandai survive sendiri kena carik past year question.
dan perubahan yang paling ketara sekali bila student kene alert dengan segala assignment yang di-upload kat portal uni kau tu.
ada sometime tu, soalan assignment kau hanya di-upload beberapa jam selepas kelas hari tu.

dulu time matrik, aku bangun 7.30 pagi, even kelas pukul 8.00 .
mana taknya, bilik tutor depan blok aku je, tapi time degree takde nye kau dapat bangun macam tu lagi.
macam aku kat sini, kolej kediaman dengan uni aku je 2km untuk jalan yang straight dan makan masa 10 minit kalau kau jalan laju-laju.
tapi kalau kau nk ikut jalan depan, tak sampai pon 2km tapi, kau kene jalan belok-belok, dan makan masa hampir 20 minit.
imagine kau nk pegi atm 20 minit, kalau aku dah sampai bilik tu, memang dah takda lah aku nk turun semata gitu. kalau matrik tu kau boleh agak pukul berapa machine atm tu sikit orang .  tapi dah seminggu aku duduk sini, aku tk pernah tengok atm tu kosong, ada je memanjang .

pasal makan lagi jangan cakap lah, beratur kot orang beli.
kalau dulu kt KMPh tu, kafe A2 pon dah penuh, kau bayangkan 2000+ beli makanan.
serabut wehh, sebab tu lah ramai student makan kat luar.
nak dipendekkan cerita masa tu sekali aku beli makanan kt kafe dalam kolej aku, sejam setengah aku order lepas tu tak siap-siap. ending nya sejak hari tu, aku hari-hari makan luar.
kalau dulu time matrik boleh lah kau nk budget duit makan sehari RM10, kat uni mmg sape dapat survive sepuluh sehari tu mmg hebat lah bagi aku. sebab aku ni jenis orang yang tk ikat perut.
aku makan kalau aku lapar, tak kira lah dah berapa kali pon aku makan. setakat ni aku makan sehari dalam rm15. tapi tk de lah exact 15, kurang lagi.

banyak lagi benda yang aku nak share, takp lain kali aku share lagi.
bye2 .
thanks for reading.

14 September 2014

kehidupan seorang pelajar matrik

assalamualaikum semua
setelah sekian lame diri ini tak menulis
bukan ssb takde internet,tapi kesibukan dunia membuatkan diri ini tidak ade mase untuk menulis
seperti biase tatkala aku sudah membuka blog,
pasti ade cerita yang aku ingin kongsikan

setelah pulang dari PLKN PADANG HIJAU dulu,
aq telah mendaftar masuk ke KOLEJ MATRIKULASI PAHANG,
aku sendiri tak tau kenape aku memilih untuk masuk sini
bukan nya aku takde pilihan lain,
aku dapat je tawaran dari UPU
aq dapat course sains matematik
nak kate tak minat, minat jugak
tapi mungkin mase tu aq tak berfikir secara waras atau terburu-buru
maklomlah mase tu aku hanya diberi mase berapa jam saje untuk aku berfikir dan minta pendapat orang ramai
mugkin jugak mase tu aq pikir aku tak sanggup nk belajar sampai 2-3 tahun
lalu aq juga mengambil risiko untuk ke matrik

aku tak de kenalan rapat yang pernah belajar kat matrik,
so aq tak tau mcm mane cara pembelajaran kt matrik
aq byak jugak tanya kt akak aku beza matrik,diploma,ngan asasi
tapi aku tak nampak sgt kot time tu..
tapi bila dah masuk sini, barulah aku tau betapa seksanya duduk kt dalam ni
penat dgn kuliah dari pukol 8-1 sambung balik 2-5..
mad nor pon ckp mase kitorg belajar mcm nk gila
bukan setakat mcm tapi memang gile
dgn lecture yang laju
tutor yang tak penah tak de keje
kesimpulannya, anda jganlah suke tanggoh keje mcm saya ni..
kalau waktu lecture tu tak paham,kene teros tanye dengan pensyarah,,
kalau tak mampos kw nk belajar balik sorg2..
tak sanggop weh..
tapi untung lah kalau kw dpt kawan yang bole ajar kw semula
lagi satu,, kw kt sini tak boleh nak belajar sendiri..
mugkin dulu mase spm kw boleh,
tapi kt matrik kw tak boleh..
lagi satu kw pon tak bole nak belajar dri sorg je pensyarah..
sebab lain orang lain cara dye,,sbb tu lah kw ade roommate yang lain kuliah
so kw bole belajar cara yang lecturer dye ajar,,
mungkin cara dia lagi berkesan dengan cara lecturer kite ajar kan

kat sini, kw jgak kene pandai carik kawan
kalau salah, matilah kw hanyut sekali..
kkdg ni kita tak boleh nak agak,,
ade orang yang nampak tak payah nk study sangat sbb ape dye belajar terus absorb dalam otak dye
kalau rase kw tu bukan org yang mcm tu, kene lah pilih kawan yang rajin belajar
kw pon pasti akan berubah jadi rajin
one more thing, kw jgak kene sentiasa menjaga hubungan baik ngan Allah dan juga orang lain
kerana Allah tengok usaha kita, bukan result kita,,
dengan usaha lah kw boleh dapat 4 FLAT,,
kw jugak kene yakin dengan Allah,,yang penting kw usaha,bykkan doa dan tawakal

nak cakap pasal exam pulak
kalau failed tu,terima je lahh
benda ni biase bagi student matrik,,sbb sllybus sgt susah
depends jugak pada minat kw
tp kite kene lah belajar dari kesilapan sendiri,,
tak kan lah kw nak failed je sepanjang mase je kn?
tu name nye tmpah maut,,namppak sgt kw tu tak ade usaha nk tingkatkan prestasi kw sendiri...
kalau aku jadik pengarah kt matrik ni pon aq dah buang kw dr kolej..

sbenarnya, aq sendiri tak tau aq nak jadi ape
nk sambung degree ape
dengan result kuiz yg kekadang tu paras2 hidung je..
nk jdik doktor, aq tak nak lah sbb aq tak nak sentuh biology lagi dah lepas ni
insyaAllah kalau chemstry aq atau physic aq ok, aq sambung dalam bidang tu'
tp aq ade jgak masalah lain,,
aq tau yang abah aku sendiri suroh aq jadi cikgu
aq tau tau la kenapa seorg ayah ni nk kn anak perempuan dye jadik cikgu
padahal jadik cikgu sekarang ni bukannya senang mcm dulu
kalau zaman purba kala dulu, kw jadik guru sandaran pon kw dah boleh jadik cikgu teros,,
zaman sekarang ni cikgu sandaran tu sendiri dah tak wujud
aq tak minat sangat nak jadik cikgu ni..
sebab aku tak ade keyakinan diri nk ajar org ni
tapi kalau tak jadik cikgu, aq nk jadik ape ye?
aq ni sebenarnya minat sangat nak jadi penternak / petani tu..
sbbnya aq rase lebih senang bekerja dengan binatang dari manusia sekarang ni..
tapi kalau lah aq jadik seorg penternak kambing, sape lah yang nak kawin dengan aku nanti ??
ade ke doktor ke lawyer nak kawin dengan aku nnt ?
hahahhaha, stop berangan lah shafika..
awak tu pon bukannya pandai sangat nak bersuamikan orang yang pangkat tinggi2 ni
sape pon suami aku nnt aku terima je dye,
sbb kite sendiri pon ade kelemahan jugak kn?

so disini saje lah perkongsian cerita aku pasal kehidupan matrik ni
nnt bile aq ade free time aq bukak lagi eh..
bye2 :)

*Ya Allah, kau berikan kejayaan kepada penulis ini dan kawan-kawan nya, sesungguhnya mereka telah berusaha untuk mendapat keputusan yang baik semasa mereka belajar Ya Allah,, berikanlah mereka pasangan hidup yang baik dan dapat membantu mereka dalam menuntut ilmu agama-Mu,,jauhkanlah hidup mereka dengan segala jenis maksiat,, Amin~