09 September 2015

DEGREE LIFE

assalamualaikum..

entry yang lepas aku share pasal life aku masa awal-awal masuk matrik.
alhamdulillah berkat usaha, doa yang tak putus dari kawan dan keluarga aku lulus dan tamat pengajian di matrik dengan PNGK 3.5 .
bukan aku nak bangga dengan result matrik aku, sebab budak 4flat bersepah satu malaysia.
aku pergi interview dengan PNGK 3.5 pon aku rasa kecilnya diri ini, bila dapat tahu yang budak yang interview tu lagi hebat dari aku.

apa yang aku boleh simpulkan, matrik tu tak ada lah sesusah mana seperti mana yang aku kata kat entry lepas tu.
asal kau rajin, fokus, dan attitude kau ok, in shaa Allah boleh.
dunia kita kejar, akhirat pon jangan lupa.
syukur alhamdulillah aku dah tamat dan rasmi menjadi bekas pelajar
 KOLEJ MATRIKULASI PAHANG.

ingat lagi kat matrik dulu, semua benda rasa tak kene, dengan tandas lah, kafe kotor lagi, atm jauh, dan banyak lagi lah benda-benda yang tak puas hati.
time tu rasa macam 'bila lah nak keluar matrik ni, reput duduk matrik ni, tak sabar nak masuk degree'
sekarang ni aku dah pon sambung degree aku kat UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU.
aku amik course FIZIK ELEKTRONIK DAN INSTRUMENTASI.

masa result UPU keluar semua dok sibuk tanya pasal course ape yang dapat.
asal aku cakap kos aku tu, banyak lah mulut-mulut puaka cakap ' susah kot course tu, elect kn susah '
nasib baik lah aku ni jenis yang lantak apa orang nak kata.
kau tak belajar lagi, tapi kau dah sibuk nak cakap susah,
kita ni nak belajar memang lah susah. kene lah usaha untuk berjaya.

seriously aku cakap yang life matrik dan degree sangatlah berbeza.
even mase matrik lecturer kata ' kat matrik je awak rasa susah, degree nnt dh senang'
time matrik, even jadual kau pack mana pon, kau tak kan rasa bosan.
time matrik kau rasa mcm ' asal kelas aku tkde yang cancel pon'
time degree kau hanya belajar 3 jam je sehari, tak pon 2 jam. tak pon kelas kau semua cancel hari tu.
dan time degree kau akan rasa sakit hati bila kelas cancel.
aku ni baru je 4 hari masuk kelas, tapi satu chapter dah abis.
tak semua lecture tu ade tutorial.
kau kene pandai survive sendiri kena carik past year question.
dan perubahan yang paling ketara sekali bila student kene alert dengan segala assignment yang di-upload kat portal uni kau tu.
ada sometime tu, soalan assignment kau hanya di-upload beberapa jam selepas kelas hari tu.

dulu time matrik, aku bangun 7.30 pagi, even kelas pukul 8.00 .
mana taknya, bilik tutor depan blok aku je, tapi time degree takde nye kau dapat bangun macam tu lagi.
macam aku kat sini, kolej kediaman dengan uni aku je 2km untuk jalan yang straight dan makan masa 10 minit kalau kau jalan laju-laju.
tapi kalau kau nk ikut jalan depan, tak sampai pon 2km tapi, kau kene jalan belok-belok, dan makan masa hampir 20 minit.
imagine kau nk pegi atm 20 minit, kalau aku dah sampai bilik tu, memang dah takda lah aku nk turun semata gitu. kalau matrik tu kau boleh agak pukul berapa machine atm tu sikit orang .  tapi dah seminggu aku duduk sini, aku tk pernah tengok atm tu kosong, ada je memanjang .

pasal makan lagi jangan cakap lah, beratur kot orang beli.
kalau dulu kt KMPh tu, kafe A2 pon dah penuh, kau bayangkan 2000+ beli makanan.
serabut wehh, sebab tu lah ramai student makan kat luar.
nak dipendekkan cerita masa tu sekali aku beli makanan kt kafe dalam kolej aku, sejam setengah aku order lepas tu tak siap-siap. ending nya sejak hari tu, aku hari-hari makan luar.
kalau dulu time matrik boleh lah kau nk budget duit makan sehari RM10, kat uni mmg sape dapat survive sepuluh sehari tu mmg hebat lah bagi aku. sebab aku ni jenis orang yang tk ikat perut.
aku makan kalau aku lapar, tak kira lah dah berapa kali pon aku makan. setakat ni aku makan sehari dalam rm15. tapi tk de lah exact 15, kurang lagi.

banyak lagi benda yang aku nak share, takp lain kali aku share lagi.
bye2 .
thanks for reading.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan